Kelmarin 24 Februari 2011 merupakan hari terakhir program Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Islam 2011 atau lebih mudah disebut KO-PIM'11 anjuran Program Pendidikan Islam dan juga Lajnah Sarjana Muda Pendidikan Islam Universiti Malaya. Saya sangat-sangat bersyukur kerana program sebegini dapat juga dilaksanakan hasil penggemblengan tenaga pensyarah dan jua mahasiswa di bawah Program Pendidikan Islam termasuklah saya sendiri. Banyak manfaat yang diperoleh daripada program ini. Insya-ALLAH saya akan berkongsi pengalaman dan ilmu yang saya peroleh daripada program tersebut untuk catatan blog M.I.M seterusnya.
Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman yang saya lalui untuk dijadikan pengajaran kepada anda semua. Sebut saja pengalaman saya kelmarin atau semalam, saya rasa macam lucu pula. Macam mana boleh terjadi macam itu pula... Aduh... Aduh.. Pagi itu saya sudah bersemangat untuk datang ke program KO-PIM'11 dengan penampilan yang sangat menarik katakan.. Hehe... Berbaju batik... "Cantik baju batuk yang kau gunakan tu.. beli kat mana?" Itulah soalan yang kawan saya tanya apabila ternampak saya memakai baju batik tersebut.. Sebenarnya bukan ini saya hendak ceritakan. Dalam keadaan bersemangat tadi saya bergegas pergi ke Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya(APIUM), Kuala Lumpur. Tidak sabar hendak mendengar pembentangan kertas kerja tentang Pendidikan Islam daripada pakar-pakar dalam bidang tersebut. Lalu saya pergi dengan menaiki motosikal kesayangan saya. Sebaik sahaja keluar dari pagar rumah menuju ke APIUM, saya melihat pedal kaki motosikal saya macam longgar sahaja. Maka, saya hentak-hentakkan kaki saya pada pedal tersebut. Tanpa saya sedari tiba-tiba, saya terlanggar sebuah kereta yang diparkirkan di tepi jalan dan saya terus terjatuh bersama motosikal saya. Nasib baik tidak ada kereta yang nak lalu dekat situ.. Saya pun berfikir, "Bagaimanalah boleh terjadi macam ni? Padahal tidak jauh dari rumah sewa pun.. Tidak sampai dekat simpang keluar ke jalan besar lagi.. Lucu.. Lucu.." Alhamdulillah saya tidak cedera teruk dan motosikal pun masih baik lagi. Mula-mula saya nak teruskan perjalanan apabila melihat seluar saya kotor dan sebagainya, saya pun berpatah balik ke rumah sewa. Maka, berpatah baliklah saya ke rumah dan hanya mendiamkan diri sahaja apabila ditanya oleh rakan serumah kenapa saya kembali semula ke rumah. Masuk saja ke bilik, saya pun menukar seluar yang saya pakai. Rakan sebilik masih lagi berada dalam bilik. Saya masih mendiamkan diri dan buat biasa-biasa sahaja..
Ini adalah satu kecuaian diri saya bagi saya. Saya terfikir-fikir.. Macam manalah saya ini boleh cuai pula... Cuai.. Cuai.. Cuai pun ada. Lucu pun ada. Memang malu rasanya untuk saya ceritakan kepada kawan-kawan. Apa-apa pun, saya berfikir balik kenapa perkara ini boleh terjadi juga pada saya. Sebagai perkongsian, inilah dinamakan peringatan daripada ALLAH kepada hambaNYA. Saya berfikir positif tentang apa yang dah berlaku ini. Saya tidak menyalahkan takdir kerana apabila difikir sedalam-dalamnya, ada juga kebaikan perkara ini berlaku. Inilah peringatan buat diri saya yang selalu lupa, alpa dan juga leka. Dapat juga saya fahami bahawa walau sedikit pun kecuaian atau kelekaan kita, setidak-tidaknya kita akan menerima sedikit padahnya seperti apa yang berlaku kepada saya. Begitu juga dalam kehidupan kita ini. Kelalaian, kecuaian, kealpaan atau kelekaan kita di dunia ini akan membawa kemudaratan kepada kita di akhirat kelak walau sedikit pun. Firman ALLAH S.W.T dalam surah Yunus, ayat 92 yang bermaksud:
Sedangkan dalam solat pun kita boleh lalai. Apatah lagi dalam kehidupan ini. Mari sama-samalah kita mengambil pengajaran daripada pengalaman saya ini dalam kehidupan kita. Sentiasalah kita bermuhasabah diri dan seterusnya memperbaiki segala apa yang perlu diperbaiki. Mulai hari ini, kita pertingkatkanlah keimanan dan juga ketaqwaan kita kepada ALLAH. Jauhkanlah diri kita dari kelalaian dan kealpaan kepada kemewahan dunia ini. Ingatlah peranan kita sebagai Khalifah sepertimana yang telah saya catatkan dalam blog M.I.M sebelum ini.
"Sedikit Kecuaian, Kealpaan, Kelekaan dan Kelalaian Boleh Membawa kepada Padah kepada Diri Kita.."

....Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan KAMI!
Sedangkan dalam solat pun kita boleh lalai. Apatah lagi dalam kehidupan ini. Mari sama-samalah kita mengambil pengajaran daripada pengalaman saya ini dalam kehidupan kita. Sentiasalah kita bermuhasabah diri dan seterusnya memperbaiki segala apa yang perlu diperbaiki. Mulai hari ini, kita pertingkatkanlah keimanan dan juga ketaqwaan kita kepada ALLAH. Jauhkanlah diri kita dari kelalaian dan kealpaan kepada kemewahan dunia ini. Ingatlah peranan kita sebagai Khalifah sepertimana yang telah saya catatkan dalam blog M.I.M sebelum ini.
"Sedikit Kecuaian, Kealpaan, Kelekaan dan Kelalaian Boleh Membawa kepada Padah kepada Diri Kita.."
0 comments:
Catat Ulasan