
Lama sudah saya tidak menjenguk blog ini yang masih lagi dalam pembikinan. Tidak tahu isu atau perkara apa yang perlu saya kongsikan bersama anda. Belum ada idea barangkali. Pada kali in, saya ingin membawa anda berfikir tentang kesihatan yang kita miliki. Seminggu sebelum ini keadaan saya kurang sihat. Mula-mula, saya rasa pening kepala di waktu pagi. Tak tahu kenapa. Terpaksa juga saya merehatkan diri dan tertinggal satu kuliah Pentaksiran Pembelajaran Dalam Pelajaran yang merupakan satu-satunya subjek yang saya ambil di Fakulti Pendidikan pada semester ini. Sayang.. Tertinggal satu kuliah.. Rugi. Rugi.. Apakan daya.. Kuliah seterusnya pada waktu petang. Kali ini saya menggagahkan diri untuk hadir ke kuliah. Alhamdulillah dapat masuk kuliah. Tetapi, bukan seperti sediakala, dapat memberi tumpuan sepenuhnya dan penuh bersemangat. Kali ini saya kurang memberi tumpuan kerana masih lagi rasa pening-pening. Sebaik sahaja tamat sesi kuliah tersebut, saya terus ke tandas kerana terasa nak muntah. Saya pun muntah. Saya pun tidak tahu kenapa jadi begini… Esok saya mengalami selesema pula dan juga batuk. Rasa nak demam pun ada. Walau bagaimanapun, saya menghadirkan diri juga ke kuliah pada hari itu. Selesema… Selesema.. Batuk.. Batuk..Esok pun masih lagi.. Sengsara juga saya merasainya. Keadaan kesihatan saya tidak menentu pada minggu itu. Panjang juga ceritanya.
Betapa pentingnya kesihatan kepada kita. Inilah ujian daripada ALLAH. Tanda kasih ALLAH kepada hambaNYA. Ingatlah saudara dan saudari! Kita ini sebagai hamba sering lupa kepada nikmat yang telah ALLAH kurniakan kepada kita, terutamanya kesihatan dan masa lapang. Sepertimana sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
"Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah KESIHATAN dan MASA LAPANG.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah).
Ketika sakit, macam-macam perkara baik yang kita rasa nak lakukan. Bila sihatnya pula, kita tidak mengambil manfaat tersebut untuk melakukan kebaikan. Kita banyak membuang masa. Ada hikmahnya kita merasai sakit. Jika tidak, kita akan sentiasa lupa dengan nikmat kesihatan yang diberikan.
Wahai saudara-saudari, pergunakanlah peluang yang ada itu sebaik-baiknya. Janganlah kita sia-siakan.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara. Sihat sebelum sakit. Muda sebelum tua. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sempit. Hidup sebelum mati.”Bila-bila masa sahaja nama kita boleh dipanggil untuk dicabut nyawa.
Firman ALLAH S.W.T: “Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati.”Di usia yang muda ini dan dalam keadaan yang masih sihat lagi, kita binakanlah kehidupan yang diredhai dan diberkati ALLAH. Laksanakanlah segala perintahNYA dan tinggalkanlah segala laranganNYA. Kembalilah kita ke jalan yang direhai ALLAH. Sempurnakanlah iman kita . Ketika kita sihat, kita pelihara dan jagalah kesihatan kita agar mudah untuk kita beramal soleh. Jika kita sakit, janganlah kita mengeluh. Carilah ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit itu. Anggaplah sakit yang dihadapi itu sebagai ujian ALLAH kepada kita dan sebagai tanda sayangNYA kepada kita.
Sentiasalah kita mengingati mati. Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa ingat mati. Sama-samalah kita bermuhasabah diri iaitu memperhitungkan diri kita. Sama ada cukup atau tidak amalan baik yang kita lakukan untuk dibawakan ke akhirat. Fikir-fikirkanlah... Renung-renungkanlah.. Dan saya akhiri dengan memperdengarkan lagu ini.
0 comments:
Catat Ulasan